Kata Aluan
YB Dato Speaker

Image

Kata Aluan

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Selamat datang ke Portal Rasmi Dewan Undangan Negeri Kelantan, Kelantan Darul Naim.

Alhamdullillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung ke Portal Rasmi Dewan Undangan Negeri Kelantan, Kelantan Darul Naim. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa Portal yang sentiasa berusaha untuk menambahbaik portal rasmi ini.

Portal ini adalah gerbang informasi kepada pengunjung bagi mendapatkan pelbagai maklumat terkini Dewan Undangan Negeri khususnya berkaitan seperti Undang-Undang Tubuh kerajaan negeri, Penyata Rasmi (Hansard), Akta dan Rang Undang-Undang Enakmen-enakmen, Peraturan-peraturan, Penyata dewan, Soalan Dewan, Jawapan Dewan dan lain-lain dokumen. Turut disediakan maklumat Ahli-Ahli Dewan Negeri serta hal ehwal DUN yang releven. Para pengunjung juga boleh berkomunikasi menerusi portal ini sebagai platform rasmi untuk menyalurkan maklumbalas dan aduan pengguna. Pelbagai promosi dan ehwal semasa akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa untuk paparan orang awam dan pengunjung yang budiman.

Akhir kata, bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan Dewan Undangan Negeri sedia ada, saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan ikhlas yang membina daripada pengunjung sekalian. Mudah-mudahan maklum balas berkenaan dapat membantu Dewan Undangan Negeri melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan dari semasa ke semasa. Adalah menjadi harapan saya agar Portal Rasmi ini menjadi wadah dan wasilah kepada semua pihak untuk mengenali Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Selamat melayari Portal Rasmi Dewan Undangan Negeri Kelantan.


Dato' Sri Amar D'Raja Dato' Haji Mohd Amar bin Haji Abdullah
DATO SPEAKER NEGERI KELANTAN