Malaysia mengamalkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan melibatkan orang awam atau rakyat seiring dengan definisi Kerajaan Terbuka.  The Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) mendefinisikan Kerajaan Terbuka sebagai keterbukaan terhadap proses-proses kerajaan, prosedur, dokumen dan data kerajaan bagi pengawasan dan pemeriksaan oleh orang awam atau rakyat.

Walaupun Akta Kebebasan Maklumat (FOI) belum digubal di peringkat persekutuan di negara ini, kebebasan maklumat telah diamalkan melalui platform data terbuka kerajaan (data.gov.my) seperti berikut:

  1. Sesiapa sahaja boleh mengakses, menggunakan dan berkongsi data.
  2. Sesiapa sahaja boleh mengakses, menggunakan dan berkongsi data tanpa sebarang caj.
  3. Sesiapa sahaja boleh memohon set data yang baharu.
  4. Setiap set data telah dilesenkan bagi membolehkan sesiapa menggunakan data mengikut keperluannya termasuk mengubah, menggabung dan berkongsi dengan orang lain, malah untuk komersial.
  5. Memastikan maklumat yang terkandung di dalam dokumen adalah tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan.

Lesen Creative Commons adalah lesen undang-undang yang boleh digunakan pencipta dan hak pemegang hak lain untuk menawarkan hak penggunaan tertentu kepada orang awam. Lesen CC menyediakan cara mudah untuk menguruskan istilah hak cipta yang melampirkan secara automatik kepada semua bahan kreatif di bawah hak cipta. lesen membenarkan bahan itu dikongsi dan diguna semula di bawah terma yang fleksibel dan sah di sisi undang-undang.

Lesen CC digunakan apabila pengarang mahu memberi orang hak untuk berkongsi, menggunakan dan memanfaatkan karya yang telah mereka buat. Di www.dewan.kelantan.gov.my, lesen CC digunakan untuk kebanyakan set data bagi memastikan data tersebut bersedia untuk digunakan kepada orang ramai.

Semua aspek berkenaan laman web ini termasuk rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan lain-lain adalah hak cipta Kerajaan Negeri Kelantan kecuali dinyatakan sebaliknya.

Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

DASAR PRIVASI

 
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
 
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
 
 
Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
 
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
 
 
DASAR KESELAMATAN
 

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
 
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
 
Maklumbalas dan Aduan
Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan amat mengalu-alukan maklumbalas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam Portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.