Latar Belakang

Bahagian Pejabat Dewan Undangan Negeri ditempatkan di Aras 9 bangunan MABNA MBI Kota Darulnaim bersama Pejabat YAB Timbalan Menteri Besar. Bahagian Dewan sebenarnya berada dibawah Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan dan telah diberi fungsi besar berkaitan keputusan-keputusan kerajaan dan penggubalan undang-undang serta dasar Kerajaan Negeri. Jesteru itu, fungsi dan kecekapan bahagian ini sering kali dinilai mengenai sejauh mana kebijaksanaan dan keberkesanan dasar-dasar yang diwujudkan untuk kepentingan dan kehendak rakyat Negeri Kelantan. Disamping itu juga bahagian ini merupakan satu komponen terpenting dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dimana ia dipertanggungjawabkan mengurus Persidangan Dewan Undangan Negeri dan segala urusan berkaitan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan.