Skip to main content

LAMAN WEB

KELANTAN DARUL NAIM

Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

Peta Laman

BERITA TERKINI

LAWATAN HORMAT KE DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH

Khamis | 15 Mei 2025

YB Dato’ Speaker Dewan Negeri Kelantan, Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Mohd Amar Abdullah bersama Yang Berhormat ahli-ahli Jawatankuasa Terpilih serta Urusetia Pemerkasaan Dewan Negeri Kelantan, telah mengadakan satu lawatan hormat ke Dewan Undangan Negeri Sabah pada 15 Mei 2025 (Khamis).

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif memperkukuh kerjasama antara institusi legislatif negeri-negeri di Malaysia, di samping membuka ruang untuk pertukaran pandangan serta pengalaman berkaitan hal ehwal legislatif, amalan terbaik (best practices) dalam pengurusan pentadbiran dewan, serta pendekatan inovatif ke arah pemerkasaan peranan institusi DUN di peringkat negeri.

Sepanjang sesi lawatan, delegasi Dewan Negeri Kelantan telah diberi taklimat berkaitan struktur organisasi, sistem persidangan, serta strategi komunikasi dan penglibatan awam (public engagement) yang diamalkan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah.

Hubungan antara Dewan Negeri Kelantan dan Dewan Undangan Negeri Sabah diharapkan akan terus erat dan produktif, selari dengan aspirasi untuk memperkukuh demokrasi berparlimen dan memperkasakan institusi kerajaan negeri yang lebih cekap dan berwibawa.

#DewanNegeriKelantan

#DUNSabah

#PemerkasaanLegislatif

#DemokrasiBerparlimen